Pelbagai dugaan dan cabaran serta liku-liku kehidupan yang telah banyak dilalui antara suka dan duka. 09 feb 2012 bermulanya kisah kehidupan seorang yang baru bergelar "pelajar" setelah 5 tahun menganggur selepas keputusan spm. (hanya kerja kecil-kecilan, x jg menganggur ^_^). PPISMP GSTT BM kumpulan 2, GSTT adalah guru sandaran tidak terlatih, yang hanya ada pengalaman 1 hingga 5 tahun di sekolah. (saya setahun jak mengajar di sekolah)... Inilah yang membezakan kami di IPG, iaitu budak2 keluaran SPM yang memiliki keputusan SPM yang cukup baik dan memenuhi syarat. Dan kami? hanyalah atas pengalaman yang pernah mengajar disekolah dan diserap masuk ke IPG untuk menjadi seorang guru yang terlatih... ^___^ ...
Karenah kawan-kawan yang pelbagai, pelbagai bangsa, pelbagai daerah dan pelbagai sikap. Semuanya menjadikan kami kuat dan dapat mengenali lebih rapat antara satu dengan yang lain. Setiap masalah yang dihadapi dapat mematangkan diri kami yang sememanya telah matang. Perlu di ingat GSTT ini tidak la tua sangat yer!!! paling muda umur 24- 32 tahun... umur 32 tue dah kira abang@ kakak kami dah!! ;)
Bergelar seorang pelajar memang susah untuk kami, kerana ada yang dah berkeluarga akan tetapi itu bukanlah satu alasan untuk mereka patah semangat. Yang belum berkahwin pun ada juga cabarannya, seperti saya :) ...
PPISMP banyak kenangan bersama yang tidak dapat dilupakan, antaranya time PJ.. Larian 2.4 = 6 pusingan di kompleks sukan keningau dalam masa sekurang2nya 11m bagi perempuan dan 8m bagi kaum lelaki. Cuba bayangkan seorang bapa, ibu bagi yang dah berkahwin dan kawan2 lain yang masih bujang dalam lingkungan umur masa tu 22 tahun-30 tahun, berlari 6 pusingan di sukan kompleks keningau.. heheheheheheheheh, mengingat kembali peristiwa itu saya senyum2 sendiri ^___^...
Banyak kenangan yang telah dilakar dalam tempoh satu tahun setengah( PPISMP)
Ketawa bersama, menangis bersama demi melalui cabaran yang wajib dilalui bagi seorang yang bergelar pelajar. Kesibukan pada masa itu adalah masa paling berharga kerana dalam kesibukan ada masa untuk meluangkan masa berkumpul bersama-sama.....
good luck...sesungguhnya cabaran itu mematangkan kita..insyaAllah..
BalasPadamya bah firo.. sekadar coretan hati time buat assignment... hehehe
Padam