Sabtu, 23 Ogos 2014

Pergimu Tak dikenali, Pulangmu disanjungi.....


Kenanganmu telah menjadi satu sejarah
Gelak tawamu  menjadi satu igauan
Ketiadaanmu mengundang rasa sedih dihati
Menyedari ketiadaanmu disisi

Pemergianmu di rasai seluruh Negara
Rasa sedih tetap menggamit dijiwa
Semua menangis mengetahui beritamu
dan mendoakan kebaikan untukmu

22 ogos 2014 jenazahmu di bawa pulang
ke tanah tumpah darahmu
Kedatanganmu disambut dengan penuh istiadat
oleh seluruh rakyat Malaysia

Sabarlah wahai hati
peritnya melihat peristiwa ini
apatah lagi keluarga yang mengalaminya
Sabarlah sabarlah dan sabarlah.


“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa mengehendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa mengehendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
surah Ali Imran ayat 145





Selasa, 19 Ogos 2014

Indahnya perasaan ini_ Bermulanya masuk IPG 2012

Pelbagai dugaan dan cabaran serta liku-liku kehidupan yang telah banyak dilalui antara suka dan duka. 09 feb 2012 bermulanya kisah kehidupan seorang yang baru bergelar "pelajar" setelah 5 tahun menganggur selepas keputusan spm. (hanya kerja kecil-kecilan, x jg menganggur ^_^).  PPISMP GSTT BM kumpulan  2, GSTT adalah guru sandaran tidak terlatih, yang hanya ada pengalaman 1 hingga 5 tahun di sekolah. (saya setahun jak mengajar di sekolah)... Inilah yang membezakan kami di IPG, iaitu budak2 keluaran SPM yang memiliki keputusan SPM yang cukup baik dan memenuhi syarat. Dan kami? hanyalah atas pengalaman yang pernah mengajar disekolah dan diserap masuk ke IPG untuk menjadi seorang guru yang terlatih... ^___^ ...
Karenah kawan-kawan yang pelbagai, pelbagai bangsa, pelbagai daerah dan pelbagai sikap. Semuanya menjadikan kami kuat dan dapat mengenali lebih rapat antara satu dengan yang lain. Setiap masalah yang dihadapi dapat mematangkan diri kami yang sememanya telah matang. Perlu di ingat GSTT ini tidak la tua sangat yer!!! paling muda umur 24- 32 tahun... umur 32 tue dah kira abang@ kakak kami dah!! ;)
Bergelar seorang pelajar memang susah untuk kami, kerana ada yang dah berkeluarga akan tetapi itu bukanlah satu alasan untuk mereka patah semangat. Yang belum berkahwin pun ada juga cabarannya, seperti saya :) ...
PPISMP banyak kenangan bersama yang tidak dapat dilupakan, antaranya time PJ.. Larian 2.4 = 6 pusingan di kompleks sukan keningau dalam masa sekurang2nya 11m bagi perempuan dan 8m bagi kaum lelaki. Cuba bayangkan seorang bapa, ibu bagi yang dah berkahwin dan kawan2 lain yang masih bujang dalam lingkungan umur masa tu 22 tahun-30 tahun, berlari 6 pusingan di sukan kompleks keningau.. heheheheheheheheh, mengingat kembali peristiwa itu saya senyum2 sendiri ^___^...
Banyak kenangan yang telah dilakar dalam tempoh satu tahun setengah( PPISMP)
Ketawa bersama, menangis bersama demi melalui cabaran yang wajib dilalui bagi seorang yang bergelar pelajar. Kesibukan pada masa itu adalah masa paling berharga kerana dalam kesibukan ada masa untuk meluangkan masa berkumpul bersama-sama.....